fbpx
David Beckham akhirnya bersuara berhubung persengketaan melibatkan keluarga dengan anak sulungnya, Brooklyn Bekcham dan menantu, Nicola Peltz,

‘Anak dibenarkan buat silap, mereka akan belajar nanti’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LEGENDA bola sepak England, David Beckham akhirnya bersuara berhubung persengketaan melibatkan keluarga dengan anak sulungnya, Brooklyn Bekcham dan menantu, Nicola Peltz, lapor Lapor BBC News. 

David atau nama sebenarnya, David Robert Joseph Beckham, 51, berkata, anaknya dibenarkan untuk melakukan kesilapan dan itu adalah tempat untuk belajar tentang kehidupan. 

“Saya selalu cakap tentang kuasa sosial media yang boleh mengakibatkan perkara baik dan buruk. 

“Secara peribadi, saya mendapati terutama melibatkan anak-nak juga, gunalah (sosial media) untuk benda-benda yang berfaedah. 

“Saya dah cuba untuk buat perkara sama dengan anak-anak demi mendidik mereka. Mereka buat kesilapan — anak-anak dibenarkan untuk buat silap dan itulah bagaimana mereka akan terus belajar,” katanya yang muncul sebagai salah seorang panel pada program CNBC semalam. 

Kemelut keluarga menjadi buah mulut global, David juga berkata: “Kadang-kadang, kita sebagai ibu bapa harus membenarkan mereka (anak-anak) buat semua kesilapan itu.” 

Terdahulu, masalah keluarga Beckham terus menjadi perbualan dunia selepas Brooklyn memuat naik siri luahan panjang lebar menerusi Instagram (IG). 

Brooklyn atau nama lengkapnya, Brooklyn Joseph Beckham, 27, bertindak memutuskan pertalian dengan keluarga demi menjaga maruah isteri yang juga pelakon dan model, Nicola, 31. 

Brooklyn mendedahkan bahawa ibunya, Victoria Bekcham merosakkan majlis perkahwinannya dengan mensabotaj dres pengantin isterinya dan bertindak ‘liar’ ketika tarian pertama mereka sebagai suami isteri. 

Brooklyn menerusi muat naik itu turut mendakwa ibu bapanya cuba merosakkan hubungannya bersama isteri, Nicola sebelum perkahwinan mereka dan berterusan sehingga kini.

“Ibu saya membatalkan penyediaan gaun perkahwinan Nicola pada saat-saat akhir, walaupun Nicola begitu teruja untuk mengenakan rekaan terbabit, sekali gus memaksanya mencari gaun baharu dalam keadaan tergesa-gesa,” dedahnya. 

Tular juga kini sepotong video Victoria dilihat enggan bergambar dengan anak dan menantunya dalam satu sidang akhbar yang menampakkan bahasa tubuh tidak selesa sehingga membuatkan air mata Nicola bergenang. 

Brooklyn berasa penghinaan terbesar datang daripada orang tuanya sendiri apabila menidakkan hak Nicole sebagai seorang menantu dalam untaian insiden melibatkan mereka.

Semalam, media antarabangsa melaporkan persengketaan Brooklyn Beckham dengan ibu bapanya semakin ‘tidak terkawal’.

Konflik berpanjangan Brooklyn dengan ibu bapanya, David dan Victoria Beckham terus menjadi perhatian umum apabila keadaan menjadi semakin tegang selepas peguam terlibat.

Laporan mendakwa Brooklyn menghantar surat undang-undang kepada ibu bapanya walaupun mereka berharap hubungan itu dapat diperbaiki.

Brooklyn dan Nicola menetap bersama di Amerika Syarikat sejak perkahwinan mereka pada 2022.

Anak sulung David dan Victoria itu dilaporkan semakin rapat dengan keluarga isterinya, termasuk bapa Nicola, pelabur bilionair Nelson Peltz yang memberinya nasihat dan sokongan dalam bidang perniagaan.

Media mendakwa hubungan antara kedua-dua keluarga sudah dingin sebelum Nicola berkahwin dengan keluarga Beckham kerana mereka datang daripada latar belakang sangat berbeza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN