fbpx
WISSA berdepan isu prestasi ketika ini menyebabkan Newcastle resah ketumpulan jentera serangan mereka.

EPL: Ketumpulan serangan resahkan Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEWCASTLE – Pengurus Newcastle United, Eddie Howe mengakui resah dengan ketumpulan jentera serangan menjelang aksi wajib menang dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) menentang PSV Eindhoven, awal pagi Khamis nanti.

Menurut Howe, prestasi merudum yang dipamerkan oleh dua penyerang utama, Nick Woltemade serta Yoanne Wissa sangat merisaukan, tetapi pasukan tidak mampu untuk berbelanja besar pada jendela perpindahan kali ini.

Howe berkata, barisan kejurulatihan terpaksa bekerja dengan barisan pemain sedia ada dan harap dapat meraih keputusan positif jika berhasrat untuk lolos ke peringkat playoff UCL musim ini.

“Saya rasa kelemahan di posisi serangan masih menghantui pasukan. Saya tidak mahu menyalahkan Wissa dan Woltemade sahaja kerana semua pemain perlu bertanggungjawab dalam usaha mencipta peluang.

“Woltemade dan Wissa adalah dua penyerang yang memiliki karakter berbeza. Namun, mereka berdua yang menjadi sandaran utama pasukan ketika ini kerana kita terpaksa bekerja dengan skuad yang kita ada sekarang,” kata Howe. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI