fbpx
LEBIH 100 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika salji tebal. - Foto Chicago Midwest & Midwest Storm Chasers/Fox Weather

100 kenderaan termasuk 30 treler berlanggar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Lebih 100 kenderaan termasuk lori treler berlanggar dan terbabas di sebuah lebuh raya di negeri Michigan ketika salji tebal melanda semalam, lapor portal berita New York Post.

Polis menutup kedua-dua arah Lebuh Raya Rentas Negeri 196 di barat daya Grand Rapids sejurus selepas waktu puncak bagi membolehkan pihak berkuasa mengalihkan kenderaan yang terkandas dalam nahas tersebut.

Kemalangan itu berpunca daripada salji tebal yang mengakibatkan jarak penglihatan terhad , ditambah dengan tiupan angin sejuk pada kelajuan antara 40 kilometer hingga 64 kilometer sejam.

Menurut polis, sebanyak 30 lori treler terlibat dalam nahas di lokasi kejadian dan ramai yang cedera, namun tiada kematian direkodkan.

Pengguna lebuh raya yang terkandas dibawa menaiki bas ke Sekolah Tinggi Hudsonville yang digunakan sebagai pusat perlindungan sementara.

Kejadian  berlaku ketika cuti umum bagi memperingati tokoh hak asasi manusia, Martin Luther King Jr. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI