fbpx
Mohd. Faedzyal (kanan) membantu mengangkat bakul makanan untuk penduduk Orang Asli di Kampung Sempadik, Pos Belatim, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

Jakoa salur bakul makanan lebih RM146,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) memperuntukkan lebih RM146,000 untuk penyediaan bantuan bakul makanan ke lima buah pos pedalaman Orang Asli di negeri Kelantan dalam tempoh 2025 hingga tahun depan.

Pengarah Jakoa Kelantan dan Terengganu, Mohd. Faedzyal Mohamed berkata, jumlah tersebut melibatkan penghantaran makanan kepada Orang Asli di Pos Balar, Pos Belatim, Pos Simpor, Pos Gob dan Pos Bihai dengan seramai 956 ketua isi rumah (KIR) mendapat manfaat.

“Kita menyediakan bekalan makanan asas seperti beras, gula, gandum dan minyak masak. Bantuan makanan dibekalkan semasa musim Monsun Timur Laut yang menyebabkan mereka terputus jalan hubungan darat dan tidak dapat keluar ke bandar untuk mendapatkan makanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas operasi penghantaran bakul makanan ke kawasan pedalaman yang terjejas menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Datuk Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, lebih 17 tan bakul makanan disalurkan kepada 3,824 penduduk Orang Asli di 43 buah Kampung Orang Asli pedalaman Gua Musang dihantar menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat.. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN