fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki didakwa pukul anak saudara direman hingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Lelaki berusia 38 tahun yang disyaki memukul anak saudaranya menggunakan rotan serta membaling kerusi direman dua hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, suspek dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah reman sebelum dibenarkan ditahan selama dua hari.

Terdahulu, Shamsudin dilapor berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 1.21 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sebuah rumah di daerah ini dan suspek merupakan bapa saudara kepada mangsa.

“Mangsa dipercayai berusia antara lapan hingga 11 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, beberapa barang kes telah dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tular rakaman di media sosial menunjukkan seorang lelaki disyaki memukul seorang kanak-kanak menggunakan rotan dan dibaling kerusi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI