fbpx

‘Sumpah saya geram dengan suami berkasar dengan isteri’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIAPA yang suka jika pasangan mereka tidak kira lelaki mahupun wanita bercakap kasar dan bertindak kurang ajar.

Hal sama diakui pelakon Yuna Rahim yang baru-baru ini tiba-tiba naik meluat dengan lelaki yang menggunakan perkataan kasar terhadap isteri mereka.

“Sumpah saya sangat geram tengok suami bercakap kasar dengan isteri kemudian letak dalam media sosial.

“Sejujurnya kenapa eh? Saya tahu kalian sudah selesa antara satu sama lain tetapi sampai bercakap dengan nada meluat benar dengan isteri, kenapa ya?” luahnya.

Tapi Diva tak pasti pula Yuna bercakap tentang siapa cuma apa yang diluahkan itu memang logik untuk dimarahi.

Kepada semua orang termasuk selebriti, janganlah sesekali bersikap kurang ajar terhadap pasangan ya. Hati-hati dalam bertutur dan belajar kawal kemarahan.

DIVA: Naik meluat dengan netizen yang suka membanding-bandingkan konsert setiap penyanyi. Dialah terpaling hebat!



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN