SEKALI lagi mencetuskan spekulasi mengenai kegoyahan rumah tangganya, isteri kepada penyanyi Justin Bieber, Hailey Bieber nafi membuat hantaran dalam laman sosial berkaitan isu perkahwinan.
Model berusia 29 tahun itu menegaskan dalam tempoh terdekat tidak memuat naik sebarang status soal hubungan apatah lagi berkenaan keretakan rumah tangga.
“Saya tahu kalian yang hidup di internet mungkin kini sangat bosan, tapi saya tidak pernah berkongsi video yang menyentuh hubungan saya,” katanya.
Terdahulu, ibu kepada seorang anak itu didakwa berkongsi video menunjukkan rangkuman gambar bersama suaminya dengan diselitkan luahan kehidupan.
Biarpun tidak menyebut perasaan dilalui secara terang-terangan, hantaran itu seolah-olah menyatakan kebahagiaan ditunjukkan mereka tidak seperti dibayangkan peminat.
Begitupun, ini bukan kali pertama Hailey ‘mengadu domba’ dalam laman sosial dan kemudian memadam statusnya sehingga ramai mempercayai perkahwinannya dengan Justin memang bermasalah.














