fbpx
Nadia Kesuma dikesan telah meninggalkan lapangan terbang Jeddah di Arab Saudi selepas laporan kehilangannya, Khamis lalu.

Nadia Kesuma sudah keluar dari Jeddah – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pelakon Nadia Kesuma yang dilapor hilang pada 15 Januari lalu disahkan sudah meninggalkan lapangan terbang Jeddah, Arab Saudi.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pengesahan itu dibuat berdasarkan rekod keluar masuk Jabatan Imigresen negara tersebut selepas pencarian dilakukan pelbagai pihak termasuk Konsular Malaysia di negara berkenaan.

“Beliau (Nadia) pergi ke Arab Saudi dengan syarikat pengendali umrah dan rekod menunjukkan Nadia telah keluar dari lapangan terbang Jeddah di Arab Saudi.

“Laporan polis akan dibuat selepas 20 jam proses pencarian dilakukan mengikut prosedur operasi standard,” katanya pada sidang akhbar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, ibu empat anak itu gagal dikesan apabila tidak muncul di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz sewaktu penerbangan sambungan ke London Khamis lalu.

Ekoran itu, suami pelakon tersebut, Prof Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, 57, merayu kerajaan menggerakkan usaha diplomatik dengan kerajaan Arab Saudi bagi mempercepatkan proses pencarian isterinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN