fbpx
EE WEI (depan) dan Tang Jie gagal menunjukkan prestasi terbaik mereka dalam dua kejohanan tahun ini.

Ee Wei sedih peminat kecam keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEMAIN beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyuarakan rasa kecewa apabila keluarganya menjadi sasaran peminat tidak bertanggungjawab ekoran prestasi tidak menentu dipamerkan setakat ini.

Ee Wei mendedahkan, dia sering menerima mesej yang mengecam reaksinya dalam gelanggang, namun kali ini situasi itu lebih teruk apabila turut melibatkan keluarga, terutamanya ibu bapa.

Pemain kelahiran Melaka itu mengakui sedih apabila mengenangkan ibu bapanya yang tidak bersalah turut menjadi sasaran meskipun dia sebenarnya tidak kisah berdepan kecaman dibuat.

“Komen-komen seperti itu tidak ada mengganggu saya ketika dalam kejohanan tetapi ibu bapa saya agak sedih. Saya selalu cakap kepada mereka (ibu bapa) supaya jangan peduli apa yang orang cakap.

“Ada komen yang cakap kenapa mereka ada anak perempuan seperti saya, semua ini tidak bagus. Mereka adalah insan yang sudah menjaga saya sejak kecil hingga besar seperti ini,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Jalil semalam.

Ee Wei yang bergandingan dengan Chen Tang Jie menampilkan aksi tidak menentu ketika tersingkir di suku akhir Terbuka Malaysia serta pusingan pertama Terbuka India pada Rabu lalu.

Sementara itu, Ee Wei juga menepis dakwaan mengatakan dia kecewa dengan Tang Jie sehingga menunjukkan reaksi tidak puas hati setiap kali pemain lawan mendapatkan mata dalam perlawanan.

Tegasnya, keadaan itu merupakan perkara biasa dalam sukan selain menjelaskan, Tang Jie tidak tertekan dan dia juga mahu menunjukkan kepada pemain lawan bahawa mereka tidak takut untuk melawan.

“Ada orang cakap saya ‘buat muka’ tetapi saya sudah cuba untuk senyum. Apa yang penting adalah saya sentiasa serius apabila masuk ke gelanggang kerana lawan tidak akan tunjukkan belas kasihan,” ujar Ee Wei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI