fbpx
Fatin Nursyafikah maut dirempuh van Siam yang disyaki melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh, dekat Jitra malam tadi.

Pemandu van Siam direman kes kemalangan maut di lampu isyarat 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Pemandu van warga Thailand direman bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Napoh, dekat sini malam tadi.

Perintah reman selama empat hari ke atas lelaki berusia 60 tahun itu dikeluarkan Majistret Nor Syaliati Mohd. Sobri di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, suspek direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara melulu atau berbahaya.

“Kesalahan di bawah seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pembantu kedai makan maut selepas motosikal yang dia tunggang dirempuh sebuah van Thailand yang melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Napoh, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, Mangsa, Fatin Nursyafikah Haris Bawijad, 22, beralamat di Kampung Bukit Beruas dalam mukim Binjal, di sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN