JOHOR BAHRU – Seorang doktor muda dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk membunuh isteri dan anak tunggalnya berusia empat tahun di sebuah rumah di Bandar Dato’ Onn, di sini hujung tahun lalu.
Tertuduh, Chia Tong Hong, 33, yang bertugas sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik swasta hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Melayu di hadapan tiga majistret.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada pemuda itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE
Berita lanjut menyusul.














