fbpx
Ahmad Zuhairi (tengah) didenda RM20,000 kerana menggaji empat PATI di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Wakil syarikat pembinaan gaji empat PATI didenda RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara menggaji empat pendatang asing tanpa izin (PATI), seorang wakil sebuah syarikat pembinaan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ahmad Zuhairi Alias, 34, membuat pengakuan bersalah sebaik kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggaji empat warga asing berusia 28 hingga 36 tahun di sebuah tapak pembinaan di Bukit Bidong, Merang di Setiu.
Perbuatan itu didakwa dilakukan Ahmad Zuhairi sewaktu serbuan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu di tapak pembinaan tersebut pada pukul 11.45 pagi, 11 November lalu.

Sementara itu, Hakim Nazlyza turut menjatuhkan hukuman denda RM25,000 kepada syarikat kuari, East Rock Ajil Sdn. Bhd. atas kesalahan sama dalam kes berasingan.

Berdasarkan pertuduhan, syarikat tersebut didakwa membenarkan lima PATI berusia 35 hingga 55 tahun menetap di premis kendaliannya di Jalan Kuala Terengganu – Jerangau berhampiran Ajil, Hulu Terengganu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sewaktu serbuan dilakukan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia Terengganu di tapak kuari syarikat terbabit pasa pukul 4.25 petang, 16 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI