fbpx
GAMBAR HIASAN

Gadis tidur dalam kereta dipukul, dicabul lelaki menyamar polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita menerima nasib malang apabila dipukul dan dicabul lelaki yang menyamar sebagai anggota polis ketika tidur dalam kereta di hadapan sebuah pasar raya di Medan Idaman, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.42 tengah hari.

Menurut beliau, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 5.15 pagi ketika mangsa yang berusia 22 tahun sedang berehat di dalam kenderaannya.

“Suspek membuka pintu kereta mangsa dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum menutup mulut gadis itu selain memegang bahagian sulitnya. Mangsa yang ketakutan menjerit menyebabkan suspek menumbuk mata kirinya sehingga cedera dan bengkak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Lazim berkata, suspek kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan mencabul.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN