![]() |
SINGAPURA, 14 Januari 2026 /PRNewswire/ — Baru-baru ini, Informa Festivals mengumumkan perkongsian selama tiga tahun yang diperbaharui bersama Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) untuk menganjurkan secara bersama Asia Tech x Singapore (ATxSG), lantas menekankan komitmen Informa untuk mengangkat festival teknologi andalan rantau ini di persada global.

Asia’s flagship tech event returns from 20-22 May 2026, marking the next chapter of a multi-year collaboration
Sebagai sebahagian daripada perkongsian yang diperbaharui, ATxSG akan kembali mulai 20-22 Mei 2026 yang menghimpunkan para pemimpin global dalam sektor teknologi, perniagaan dan kerajaan bagi meneroka inovasi, dasar dan juga perkongsian yang membentuk masa depan digital Asia.
Perjanjian formal yang dicapai merupakan pencapaian yang penting dalam evolusi jenama ATx, lalu memperteguh komitmen bersama oleh kedua-dua organisasi untuk memperluas jejak antarabangsa ATxSG, memperdalam tumpuannya ke atas teknologi perbatasan dan memantapkan peranannya sebagai platform pertemuan yang memacu kolaborasi industri yang bermakna serta impak dasar.
Tom Cuthell, Naib Presiden, Teknologi Masa Depan, Informa Festivals berkata, "ATxSG menjadi titik pertemuan yang kritikal untuk komuniti teknologi global dan perkongsian yang diperbaharui ini membayangkan cita-cita bersama kami untuk membawa acara ini ke tahap yang lebih tinggi. Sepanjang tiga tahun akan datang, kami akan terus melebarkan keluasan penyertaan antarabangsa, meningkatkan perbincangan mengenai teknologi baru muncul dan mewujudkan ruang yang melaluinya pemimpin industri, penginovasi dan penggubal dasar boleh berbincang mengenai isu-isu yang benar-benar penting. Kami teruja untuk bekerjasama di samping IMDA bagi membentuk sebuah festival yang bukan sahaja memaparkan masa depan teknologi, malah membantu membina masa depan sedemikian secara aktif."
"ATxSG dan Informa Festivals menjalin hubungan yang sudah lama sejak 5 tahun lalu. Memformalkan perkongsian berterusan kami dalam tempoh tiga tahun akan datang dapat membuka babak baharu bagi pertumbuhan jenama ATx. Melalui ATxSummit dan ATxEnterprise, kami merancang untuk terus melibatkan seluruh ekosistem teknologi merentas kerajaan, perusahaan dan penginovasi dari Asia dan selanjutnya. "Ini merupakan detik yang mengujakan dalam mengikuti perkembangan teknologi – dan naungan platform ATx akan menghimpunkan Menteri-menteri Digital dan para pemimpin pemikiran terbaik di sini untuk mengadakan perbualan yang tiada tandingan di tempat lain di dunia," kata Cik Yvonne Lim, Pengarah Kluster (Pejabat Asia Tech x Programme dan Industri Digital Singapura), Penguasa Pembangunan Infokom Media, Singapura.
ATxSummit: Memperjuangkan agenda inovasi Asia
Bakal diadakan pada 20-21 Mei 2026 di Capella Singapura, ATxSummit akan menghimpunkan lebih 60 penceramah dan lebih 4,000 pemimpin kanan, pegawai kerajaan serta pengamal teknologi dari 50 negara. Perbincangan akan merangkum AI agentik dan terkandung, tadbir urus dan keselamatan, penerimagunaan AI, teknologi kuantum serta masa depan pekerjaan.
ATxEnterprise: Nadi ekosistem teknologi dan perusahaan Asia
Berlangsung mulai 20-22 Mei di Singapore Expo, ATxEnterprise – pasaran teknologi B2B andalan bagi rantau ini – akan membawakan BroadcastAsia, CommunicAsia, SatelliteAsia, TechXLR8 Asia dan The AI Summit Singapore. Peserta pameran dan perwakilan akan meneroka teknologi baharu, menjalin perkongsian dan mempercepat inovasi peringkat perusahaan.
Program 2026 akan menampilkan barisan tokoh industri ternama, termasuk:
- Lambert Hogenhout, Ketua Data dan AI, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Jeanie Fang, Pengarah Pengurusan Data dan AI, Crunchbase
- Maria Yolanda Crisanto, Ketua Pegawai Kelestarian, Globe Telecom
- Charmond Tsang, Ketua Pegawai Komersial, DCConnect
- Kirt Zhang, Pengurus Besar Dy, China Unicom
- Jamie Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif, DayOne Data Centres
- Deepak Sarda, Ketua Pegawai Teknologi, Endowus
- Vadim Shaik, Rakan Usaha Niaga, Vickers Ventures
- Pushpitaa Naiidu Ramloo, Presiden Pengarah, GIH Asia
- Vincensius Yudhistira Lindung Setiyana, Ketua Pegawai Teknologi, Mitra Telemedia Manunggal
- Priyanka Deva, Pengarah, Inovasi dan Seni Bina Perusahaan, MSD
Sepanjang tempoh tiga tahun akan datang, perkongsian yang diperbaharui ini akan mengutamakan keterlibatan yang lebih mendalam dalam bidang AI, angkasa, kuantum dan ketersambungan generasi akan datang, sekali gus memperkukuh kolaborasi awam-swasta bagi menyokong pembangunan digital yang bertanggungjawab di seluruh rantau ini.
Jadilah sebahagian daripada ATxEnterprise 2026. Pendaftaran kini dibuka – dapatkan pas anda melalui https://asiatechxsg.com/registration dan terokai agenda acara melalui https://asiatechxsg.com/atxenterprise/
Latar Belakang Asia Tech x Singapore (ATxSG)
ATxSG 2026 merupakan acara teknologi terkemuka di Asia yang dianjurkan secara bersama oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Informa Festivals, dengan sokongan Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Acara ini terdiri daripada dua segmen utama iaitu ATxSummit dan ATxEnterprise.
Latar Belakang Informa Festivals
Informa Festivals merupakan tumpuan bagi acara-acara didahului pengalaman oleh Informa. Dalam lima pasaran global yang bergerak pantas, kami memberi inspirasi dan meraikan perniagaan dengan acara-acara yang memberikan pengalaman unik, aktiviti imersif, kandungan berimpak tinggi, hubungan yang hebat dan pengayaan peribadi. Festival-festival Teknologi antarabangsa terkemuka kami termasuk London Tech Week, Africa Tech Fest dan juga Asia Tech x Singapore.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.informa.com/divisions/informa-festivals/.
Latar Belakang Infocomm Media Development Authority (IMDA)
Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mendahului transformasi digital Singapura dengan membangunkan ekonomi digital yang rancak dan masyarakat digital yang inklusif. Sebagai Arkitek Masa Depan Digital Singapura, kami memupuk pertumbuhan dalam sektor Teknologi Infokom dan Media seiring bersama peraturan progresif, memanfaatkan teknologi perbatasan dan membangunkan bakat tempatan serta ekosistem infrastruktur digital bagi memantapkan kedudukan Singapura sebagai metropolis digital. Untuk berita dan maklumat lanjut, kunjungi www.imda.gov.sg.
Lampiran A: Acara-acara Penting ATxEnterprise
- BroadcastAsia: Destinasi ulung untuk pemimpin penyiaran, media dan hiburan Asia bagi meneroka masa depan industri dan merangka strategi inovatif demi mencapai pertumbuhan.
- CommunicAsia: Platform dinamik yang menyatukan penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP), penggugat pasaran, vendor teknologi, pengintegrasi sistem, penyedia infrastruktur awan dan pihak berkepentingan ICT yang lain untuk menganalisis dan mengemudi landskap telekomunikasi yang kian berkembang.
- SatelliteAsia: Mempamerkan inovasi dan penyelesaian termaju daripada penyedia komunikasi satelit yang terkemuka di dunia.
- TechXLR8 Asia: Acara yang melaluinya individu-individu berwawasan dalam bidang AI, Keselamatan Siber, IoT, Awan, Data, Teknologi Kuantum dan Blok Rantai berhimpun untuk memanfaatkan kuasa transformatif daripada teknologi disruptif untuk bandar dan perniagaan di seluruh rantau APAC.
- The AI Summit: Acara andalan ATxEnterprise yang menghimpunkan pemimpin dan penggemar AI dari seluruh dunia sejak tahun 2016. Pada tahun 2026, sidang kemuncak ini akan memfokuskan pada strategi perusahaan, pelaksanaan teknikal, kecemerlangan operasi dan turut membina kebingkasan dalam menghadapi risiko-risiko baru muncul.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4859175_MS59175_6















