![]() |
Hab baharu memperteguh komitmen Teoxane terhadap pendidikan saintifik dan perkongsian klinikal di seluruh Asia-Pasifik
GENEVA, 14 Januari 2026 /PRNewswire/ — Teoxane membuka Akademi Serantau APAC pertamanya di Bangkok, Thailand pada Januari ini bagi meluaskan rangkaian pendidikan-perubatan globalnya. Terletak di Aras 12, One Bangkok Tower 4, hab ini menawarkan persekitaran moden yang direka untuk menyokong latihan klinikal yang berkualiti tinggi.
Dibina khas sebagai sebuah pusat kecemerlangan serantau, Akademi ini akan meningkatkan kemahiran pengamal estetik berlesen melalui pendidikan berasaskan sains, teknik amali dan pertukaran pakar, seterusnya memperkukuh kolaborasi jangka panjang Teoxane bersama pemimpin pendapat utama (KOL) dan pengamal perubatan di seluruh Asia-Pasifik — salah satu pasaran estetik yang berkembang paling pantas.
"Asia-Pasifik ialah salah satu rantau estetik yang paling dinamik di dunia. Pembukaan Akademi Serantau APAC pertama kami menggambarkan komitmen dan kepercayaan kami terhadap pengamal yang membentuk masa depan perubatan estetik." — Can Ongen, Ketua Pegawai Operasi
Akademi ini dibuka pada 13 Januari yang menyatukan kepimpinan Teoxane dan rakan serantau APAC di Bangkok bagi mengingati peristiwa penting ini. "Pengguna di seluruh Asia kini menganggap estetik sebagai gaya hidup — mengutamakan kualiti kulit, personalisasi dan perbaikan halus. Akademi ini membantu pengamal memenuhi jangkaan berkenaan dengan ketepatan saintifik." — Krishna Sai, Naib Presiden APAC
Memajukan Pendidikan Di Seluruh APAC
Dibangunkan bersama pakar-pakar antarabangsa, Akademi ini akan menyampaikan kurikulum berasaskan bukti, termasuk pendekatan suntikan MLT 3.1® dan metodologi ATP™ untuk penilaian estetik diperibadikan. Format-format latihan termasuk:
• Bengkel
• Perbincangan meja bulat pakar
• Simposium serantau
• Pembelajaran langsung dan sumber digital
Dilancarkan dengan Train-the-Trainer (Latih-Jurulatih) dan Teoxane babyGLOW™
Program pertama memperkenalkan inovasi yang terkini daripada Teoxane untuk kualiti kulit – Teoxane babyGLOW™ yang dipimpin oleh Dr Silvia Caboni, salah seorang pakar penyuntik di sebalik metodologi ini. Susulan pelancaran lunak yang berlangsung di Sepanyol (S4 2025), maklum balas awal daripada pengamal dan media Eropah adalah sangat positif, lantas menonjolkan bukan sahaja sains yang mantap, tetapi juga rawatan yang dirangka untuk gaya hidup moden – pantas, penyelenggaraan yang rendah, selesa, dengan kilauan serta-merta dan masa henti yang minimum.
Meningkatkan Standard di APAC
Akademi ini akan menawarkan laluan pembangunan tersuai bagi memajukan sains dan seni amalan estetik yang disokong oleh portfolio berasaskan HA daripada Teoxane dan kepimpinan saintifik selama dua dekad.
Akademi ini membolehkan kami memperdalam misi kami: untuk meningkatkan amalan estetik melalui pendidikan yang teliti, amali dan bertunjangkan pengalaman klinikal dunia nyata. Dengan bekerjasama erat bersama pakar-pakar serantau kami, kami dapat mengiringi pengamal dalam seluruh perjalanan pembelajaran mereka — bermula daripada kemahiran asas hingga penguasaan lanjutan." — Dr. Mounia Heddad Masson, Pengarah Pendidikan Perubatan & Hal Ehwal Perubatan Global
Latar Belakang Teoxane
Ditubuhkan oleh Valérie Taupin pada tahun 2003, Teoxane mengkhusus dalam membangunkan penyelesaian menggunakan asid hialuronik. Dengan kepakaran selama lebih 20 tahun, Teoxane merupakan perintis bagi sains kecantikan wajah. Syarikat ini ditubuhkan berdasarkan visi yang unik: untuk membawakan kemungkinan rawatan estetik menggunakan isian dermis berprestasi tinggi, penggalak kulit dan penjagaan kulit estetik yang dibangunkan melalui penyelidikan saintifik yang mendalam. Dengan mendengar sepenuh perhatian, pendidikan dan pewujudan asas untuk industri yang lebih selamat, Teoxane memulakan era baharu dalam perubatan estetik. Di sini, prosedur kecantikan kecil memberikan impak ketara ke atas imej diri dan kesejahteraan keseluruhan pesakit.
Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/4859187_MS59187_6















