SHAH ALAM – Penganjur program ‘Glamping With Pride’ di Hulu Langat diberi amaran supaya tidak meneruskan rancangan mereka, yang dijangka berlangsung minggu depan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya amaran itu diabaikan selain telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat pemantauan di kawasan berkenaan pada hari program dijangka berlangsung.
“Aktiviti glamping yang selamat adalah dibenarkan, namun jangan kaitkan dengan tema songsang. Sekiranya penganjur tetap mencabar, saya minta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Jelasnya, penganjur program itu jug tidak mengemukakan sebarang permohonan rasmi kepada PBT untuk menganjurkan ‘Glamping With Pride’. – KOSMO! ONLINE














