fbpx
Lima kepala manusia itu ditemukan di sebuah pantai di Puerto Lopez kelmarin. - AGENSI

5 kepala manusia ditemukan tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

QUITO – Lima kepala manusia yang dipenggal ditemukan dalam keadaan tergantung di sebuah pantai popular di Ecuador, lapor akhbar New York Post. 

Kepala-kepala manusia tersebut digantung di antara dua tiang kayu dan diikat menggunakan tali di Puerto Lopez kelmarin. 

Sebuah papan tanda turut ditemui tertera amaran kepada kumpulan-kumpulan penjenayah yang memeras ugut nelayan tempatan, lapor saluran berita Ecuador Primicias. 

“Bandar ini milik kami. Teruskan merompak nelayan dan teruskan meminta kad vaksin kerana kami sudah memiliki semuanya,” tulis papan tanda itu.

Mayat kelima-lima lelaki itu masih belum ditemui, namun polis berjaya mengenal pasti identiti kesemua mangsa. 

Salah seorang daripada mereka bernama Bernado Ramon Medranda Mendoza, 24, mempunyai rekod jenayah untuk pemilikan senjata api. 

Tiada tangkapan dibuat selepas penemuan kepala-kepala itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI