fbpx
Gambar hiasan

Anggota tentera maut pulang dari kem latihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang anggota tentera maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer (KM) 17.4 Lebuh Raya Seremban–Port Dickson (SPDH), di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.10 malam itu, mangsa berusia 27 tahun dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Cyberjaya dari Kem Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Suzuki FU150 dari arah Port Dickson menghala ke Seremban sebelum melanggar belakang kereta Perodua Myvi yang dipandu lelaki tempatan berusia 24 tahun.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa hilang kawalan sebelum melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan lebuh raya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, pemandu kereta tidak cedera, manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI