fbpx
Muhammad Syarifuddin (kiri) melarikan diri dari rumahnya di Taman Fasa 2C di Seri Manjung kira-kira pukul 8.05 malam semalam.

Murid Tahun Empat lari rumah setelah ditegur bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Manjung melarikan diri dari kediamannya di Taman Fasa 2C di Seri Manjung dekat Lumut kira-kira pukul 8.05 malam semalam selepas berlaku perselisihan faham dengan ahli keluarganya.

Bapanya, Abdul Salamuddin Yudin, 33, berkata, kejadian itu disedarinya selepas lima minat dia menegur anaknya, Muhammad Syarifuddin, 10, berkaitan kelengkapan persekolahannya.

“Selepas ditegur dia melarikan diri, mungkin kerana takut. Ketika menyedari dia menghilangkan diri, saya dan anak yang berada di Tahun Satu telah keluar mencarinya di sekitar taman perumahan.

“Kami juga mencarinya di Taman Fasa 2G berhampiran kerana ramai kawannya tinggal di sana tetapi menemui jalan buntu. Stesen bas juga menjadi lokasi pencarian tetapi sama gagal menjumpainya,” katanya kepada Kosmo! di Seri Manjung hari ini.

Katanya, pihak sekolah juga telah dimaklumkan mengenai kehilangan anak dan usaha mencarinya masih lagi diteruskan pagi ini.

Abdul Salamuddin berkata, laporan polis telah dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Manjung.

“Saya mohon bantuan orang ramai sekiranya mempunyai maklumat untuk menghubungi saya di talian 013-818 3436,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN