fbpx
Wanita meluahkan tentang perkampungannya yang dinaiki air di media sosial. - YouTube

Rumah dinaiki air 1 meter belum surut selepas sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Tapanuli Selatan, wilayah Sumatera Utara meluahkan bahawa perkampungannya yang ditenggelami air setinggi 1 meter masih belum surut meskipun sudah sebulan berlalu, lapor portal berita Metro TV semalam. 

Situasi itu tercetus apabila tebing Sungai Batang Toru pecah akibat banjir kilat pada akhir  November tahun lalu. 

Rakaman video dikongsi di platform YouTube menunjukkan wanita itu meminta pemerintah termasuk Presiden Indonesia, Prabowo Subianto untuk meringankan beban mereka. 

“Kami, penduduk Desa Bandar Tarutung hanya mahu pemerintah termasuk gabenor, ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) untuk membantu kami,” kata wanita itu di dalam video itu. 

Keadaan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk di beberapa kawasan yang terjejas. 

Mereka bimbang bahawa penempatan itu akan tenggelam terutamanya apabila intensiti hujan dicatatkan masih tinggi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI