fbpx
BERGSON (kiri) tidak diberi jaminan untuk membarisi kesebelasan utama menentang NSFC malam ini.

Liga Super: JDT turunkan barisan terkuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD Johor Darul Ta’zim (JDT) sedia untuk membariskan bintang import yang ditandatangani pada jendela perpindahan kedua menjelang aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan enggan selesa dengan prestasi semasa apabila menandatangani dua pemain sayap, Marcos Guilherme dan Yago da Silva serta bintang tengah dari Portugal, Rui Nene Correia untuk menambah persaingan dalam kesebelasan utama.

Pengendali JDT, Xisco Munoz berkata, trio import baharu diharap dapat memberi impak ketara, terutama di posisi sayap selepas kehilangan khidmat Arif Aiman Hanapi yang mengalami kecederaan serius pada November lepas.

“Saya sangat gembira kerana kelab sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik buat pasukan

“Pihak pengurusan sentiasa bersedia untuk mengambil langkah tambahan dengan membantu kami bermain lebih baik selain meningkatkan kapasiti pasukan.

“Tiga pemain baharu ini cukup penting terutama selepas kehilangan khidmat Arif. Situasi ini membuktikan kelab mempunyai cita-cita besar,” katanya.

Sementara itu, Munoz enggan memberi jaminan Bergson da Silva akan diserapkan dalam kesebalasan utama JDT walaupun merekodkan 13 gol dalam 12 perlawanan liga musim ini.

Kata Xisco, Bergson yang kini berusia 34 tahun itu perlu diuruskan dengan berhati-hati selepas mengalami tiga kecederaan berbeza musim ini.

“Bergson adalah antara penyerang terbaik liga, tetapi dia mengalami tiga kecederaan dan kami tidak boleh ambil risiko. Penting untuk kami merotasi skuad bagi melindungi pemain ” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI