fbpx
ANTARA bot tunda asing bersama tongkang ditahan selepas disyaki berlabuh secara haram di kedudukan 0.4 batu nautika barat laut Pulau Besar, Mersing kelmarin.

Dua bot asing, tongkang ditahan berlabuh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MERSING – Dua buah bot tunda asing bersama tongkang ditahan selepas disyaki berlabuh secara haram di kedudukan 0.4 batu nautika barat laut Pulau Besar, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing telah menahan bot berkenaan yang berpendaftaran luar negara kira-kira pukul 11 malam.

Katanya, bot tunda bersama tongkang tersebut ditahan oleh pasukan peronda APMM ketika melaksana OP JAKSA / OP TIRIS 3.0.
“Hasil pemeriksaan mendapati, dua bot tunda bersama tongkang disyaki telah melakukan kesalahan tidak melaporkan ketibaan dan bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen pula mendapati, kesemua 17 kru daripada kedua-dua bot tunda tersebut disyaki warga Indonesia dalam lingkungan berumur 34 hingga 51 tahun termasuk Nakhoda. Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, nakhoda dan semua kru ditahan sebelum dibawa ke jeti Maritim Mersing untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi tindakan lanjut.

“APMM tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia (ZMM) bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara,”  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI