fbpx
Rumah berkembar itu terletak di Burnley, Lancashire. - Online Auction House

Rumah 2 beranak dibunuh kejam dijual murah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebuah rumah berkembar di Britain yang pernah menjadi lokasi pembunuhan seorang pakar psikiatri dan anak perempuannya, diiklankan untuk dijual pada harga serendah £125,000 (RM682,920), lapor akhbar The Sun UK. 

Hartanah itu terletak di Burnley, Lancashire. 

Mayat Dr Saman Mir Sacharvi, 49 dan anak perempuannya, Vian Mangrio, 14, ditemukan di kediaman itu pada Oktober 2020. 

Suspek yang merupakan bekas jurutera rangkaian komputer dari Pakistan, Shabhaz Khan dilaporkan mencekik Sacharvi sebelum menyerang Mangrio selepas mangsa pulang dari sekolah. 

Khan membakar mayat mangsa dan menghidupkan cerek di dapur supaya kematian mereka kelihatan seperti kemalangan melibatkan elektrik. 

Khan mengaku bersalah di Mahkamah Mahkota Preston dan dihukum penjara 34 tahun. 

“Pemilik rumah ini dibunuh pada 2020. Ia mengalami beberapa kerosakan akibat kebakaran dan asap,” kata ejen hartanah Rightmove. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI