fbpx
Azalina bercakap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

RUU had tempoh jawatan PM: Pertemuan bersama ketua parti politik akan diatur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Satu pertemuan khas bersama ketua-ketua parti politik akan diadakan dalam masa terdekat susulan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) bagi menghadkan tempoh jawatan Perdana Menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau sendiri akan bertemu dengan ketua parti politik berkenaan sebelum sidang Parlimen akan datang.

“Saya kena berhadapan dengan semua ketua-ketua parti supaya kita dapat lebih daripada dua atau tiga (majoriti).
“(Perdana Menteri) baru sebut tadi (berkenaan RUU ini), insya-Allah saya akan buat (perjumpaan) dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Amanat Tahun Baharu 2026, di sini hari ini.

Katanya, RUU itu tidak membabitkan jawatan Ketua Menteri dan Menteri Besar, sebaliknya undang-undang itu hanya akan terpakai kepada Perdana Menteri sahaja.

Azalina berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) telah menjalankan pelbagai kajian bagi meneliti pelaksanaan RUU berkenaan sebelum ia dibentangkan di Parlimen kelak.

Dalam pada itu, Azalina berkata, tiga lagi RUU yang akan dibentangkan pada tahun ini ialah pemisahan bidang kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya, penubuhan Ombudsman dan Kebebasan Maklumat (FOI). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI