fbpx
MATT KIPLING menemukan cahaya berlingkar di langit. - Foto Instagram

Pemandu terkejut lihat lingkaran misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang pemandu van terkejut selepas satu lingkaran bercahaya menyeramkan muncul secara misteri di langit Britain, lapor portal berita Daily Star semalam. 

Matt Kipling dalam perjalanan pulang ke rumah apabila dia melihat lingkaran ganjil tersebut pada waktu petang, 25 Disember tahun lalu.

Dia keliru melihatnya dan merakam fenomena itu selepas memberhentikan kenderaan di tepi jalan A30 berhampiran Wadebridge, Cornwall.

 “Ia satu misteri. Saya tidak pernah melihat apa-apa seperti itu sebelum ini.

“Saya bukanlah orang yang mempercayai UFO (objek terbang tidak dikenali) tetapi ini benar-benar luar biasa. Kejadian berlaku sekitar pukul 6.30 petang (waktu tempatan).

“Saya kemudian merakam video dan menghantarnya kepada ibu saya dan dia juga berkata, ia pelik serta tidak pernah melihat perkara seperti itu. Tidak ada sebarang bunyi (ketika kejadian),” kata Matt. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI