KUALA LUMPUR – Penduduk Pangsapuri Blok 21, Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini, mendakwa, masih terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan perumahan berkenaan meskipun pihak berkuasa telah melakukan serbuan Rabu lalu. Pengerusi Blok 21, Muhammad Suhaily Tambi berkata, kehadiran warga asing di kawasan blok itu masih ketara dan mereka dilihat sedang mengatur gerak untuk berpindah ke rumah rakan-rakan di kawasan lain. “Ketika serbuan, saya sendiri nampak ada antara mereka melarikan diri dengan menumpang di rumah kawan yang…














