KETIKA kecil, Zairi (bukan nama sebenar) melihat bagaimana ibu bapanya berpisah dan membawa haluan masing-masing. Setelah kedua-dua ibu bapanya berpisah, dia dibesarkan oleh neneknya di sebuah kampung di Kedah. “Saya melalui fasa di mana tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya oleh ibu bapa ketika kecil kerana mereka berpisah. “Saya berjanji kepada diri saya, apabila sudah berkahwin saya akan cuba mempertahankan rumah tangga saya,” katanya yang berusia hujung 20-an. Namun sebagai seorang manusia, Zairi sedar dia tidak mampu untuk mengawal semua perkara.……














