fbpx
VILLA gagal mempertahankan rekod kemenangan bersih 11 perlawanan selepas menanggung kekalahan menentang Arsenal. - AFP

EPL: Momentum Villa lebur di Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengendali Aston Villa, Unai Emery nafi dirinya bersikap biadap di Stadium Emirates selepas didakwa enggan bersalaman dengan pengurus Arsenal, Mikel Arteta selepas pasukan tewas 1-4 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, Villa menyaksikan momentum 11 kemenangan berturut-turut mereka berakhir apabila ditundukkan The Gunners sekali gus meranapkan impian untuk memintas kedudukan pendahulu EPL ketika ini.

Ekoran kekecewaan itu, Emery dilihat terus menuju ke terowong tanpa bersalaman dengan Arteta selepas wisel penamat, sekali gus mencetuskan spekulasi berlaku ‘perang dingin’ antara dua pengendali kelahiran Sepanyol itu.

“Apa yang berlaku adalah rutin biasa saya. Selepas perlawanan, saya akan cepat bersalaman kemudian pergi bersama staf kejurulatihan atau pemain untuk terus ke bilik persalinan.

“Secara jujur, saya menunggu juga (kehadiran Arteta), tetapi dia sedang meraikan kemenangan bersama barisan kejurulatihannya. Jadi, saya buat keputusan untuk segera masuk ke dalam dan ini bukanlah isu yang besar,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan, Emery mengakui pasukan tuan rumah beraksi dengan lebih baik dan gol pertama yang dilakukan oleh Gabriel Magalhaes telah menjejaskan keyakinan anak-anak buahnya.

“Kami bermain dengan sangat baik dan tidak membenarkan Arsenal mendapat sepakan sudut langsung pada separuh masa pertama. Tetapi, pada separuh masa kedua, kami dibolosi gol pertama dan kedua dengan cepat hingga menjejaskan keyakinan pasukan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN