fbpx
ARSENAL membuktikan keinginan besar memburu kejuaraan apabila mencatat kemenangan ke atas Villa awal pagi semalam. - AFP

EPL: Arsenal bukti lebih handal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menarik nafas lega selepas pasukan akhirnya mempamerkan mentaliti juara dengan menewaskan Aston Villa 4-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, skuad The Gunners berpesta gol menerusi empat penjaring berbeza, Gabriel Magalhaes, Martin Zubimendi, Leandro Trossard dan Gabriel Jesus untuk mengekalkan kedudukan di tangga teratas EPL musim ini.

Menurut Arteta, keputusan itu menaikkan semangat pasukan untuk kekal konsisten selepas dikritik hebat apabila menang ‘nasib’ ketika menewaskan Wolverhampton, Crystal Palace dan Brighton sebelum ini.

“Saya sangat puas hati kerana perlawanan ini sangat mencabar dari segi emosi. Secara peribadi, kami agak bergelut pada 10 minit pertama dan membuka ruang buat Villa yang sangat berbahaya dalam situasi itu.

“Kemudian saya buat rombakan taktikal dan mula mengawal permainan untuk mencipta peluang besar, termasuk dua peluang yang dimiliki Viktor Gyokeres, tetapi gagal disudahkan pada separuh masa pertama.

“Situasi berbeza pada babak kedua apabila apabila kami menggandakan usaha dengan lebih baik. Semua gol yang dijaringkan sangat efisien dan kali ini penyudah kami benar-benar tajam berbanding beberapa perlawanan sebelum ini,” katanya,

Mengulas lanjut, Arteta percaya kemenangan tersebut menjadi bukti pasukan serius untuk menamatkan kemarau kejuaraan EPL yang kali terakhir dimenangi pada tahun 2004.

“Kemenangan ini menyuntik tenaga baharu buat pasukan selepas mengharungi jadual yang sangat padat. Pemain kekal komited serta disiplin dan saya harap pengorbanan mereka berbaloi pada penghujung musim ini,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI