fbpx
Abu Bakar.

4 ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Perlis -MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis bakal membentuk barisan baharu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang akan disertai sepenuhnya oleh wakil rakyat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan pendirian Pas untuk tidak menyertai barisan pentadbiran negeri atas dasar solidariti parti.

Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berkata, pelantikan Exco daripada kalangan ADUN Bersatu itu dibuat bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri serta kesinambungan agenda pembangunan di bawah Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, walaupun Pas memilih untuk tidak menduduki sebarang jawatan dalam kerajaan, hubungan antara kedua-dua parti dalam PN masih kekal baik dan Perlis terus berada di bawah pentadbiran gabungan tersebut.

“Keputusan Pas adalah berdasarkan solidariti dalaman mereka, namun kita menghormati pendirian itu. Sebagai kerajaan, kita tidak mempunyai pilihan selain memberi ruang kepada ADUN Bersatu untuk menggalas tanggungjawab meneruskan khidmat kepada rakyat.

“Pelantikan Exco baharu ini juga mematuhi peruntukan undang-undang tubuh negeri yang membenarkan pembentukan kerajaan dengan sekurang-kurangnya empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan seorang Menteri Besar yang mewakili satu pertiga daripada wakil rakyat dipilih,” katanya ketika ditemui di Kompleks Seri Putra, di sini hari ini.

Abu Bakar berkata, barisan Exco berkenaan akan disusun semula dengan beberapa portfolio digabungkan bagi memastikan struktur pentadbiran lebih efisien dan tidak membebankan.

Beliau turut menjunjung titah Raja Perlis, Tuanku Sued Sirajuddin Putra yang menekankan kepentingan perpaduan dan kestabilan politik negeri khususnya dalam kalangan wakil rakyat kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN