fbpx
SEBUAH kereta BMW merempuh dua buah kenderaan. - YappApp

BMW M3 dikejar polis rempuh 2 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebuah kereta BMW dipandu laju merempuh dua  kenderaan yang diparkir semasa  dikejar polis, menyebabkan dua  individu parah, lapor akhbar The Sun.

Polis West Yorkshire, England menyatakan, anggota-anggotanya mengejar kereta BMW M3 yang gagal berhenti ketika diarahkan, kira-kira pukul 5.30 pagi (waktu tempatan) di Canal Road kelmarin.

Pemandu BMW  membelok dan memasuki Kings Road sebelum melanggar dua buah kenderaan pada kelajuan tinggi.

“Impak pelanggaran amat dahsyat dengan sebuah kereta berwarna merah dilihat terpelanting ke udara sebelum melanggar dinding dan terbalik,” kata polis.

Serpihan bertaburan di jalan sebuah kawasan perumahan,  manakala asap berkepul-kepul naik ke udara apabila BMW itu  melanggar sebuah lagi kenderaan yang tidak bergerak.

Pemandu kereta dan seorang penumpang wanita dikejarkan ke hospital dengan kecederaan serius. Polis masih menyiasat kejadian tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN