fbpx
Hantaran Mohd. Asri pada Facebook Dr. MAZA Channel.

Berapa kali ubah agama demi politik? – Dr. Maza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Sudah berapa kali kamu ubah agama kerana kehendak politik kamu?”

Itu pertanyaan sinis yang dilontarkan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. Maza dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini, dipercayai ditujukan kepada pihak tertentu yang sering menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Menurutnya, wujud segelintir individu yang sering berubah-ubah pendirian dalam mentafsir agama mengikut situasi politik semasa, hingga mengelirukan masyarakat.
“Apabila saya kata ‘jika buat tuduhan, nyatakan bukti supaya tiada yang menjadi mangsa’, kamu balas dengan kata ‘Mufti cakap agama sahaja, jangan cakap hal politik. Kalau nak cakap, sila masuk bertanding.’

“Sedangkan semalam kamu pula kata agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Malah, kamu pernah kata sesiapa yang memisahkan agama dan politik maka dia menjadi kafir,” katanya.

Beliau turut membangkitkan isu lama yang menyaksikan ramai individu telah menjadi mangsa tuduhan kafir disebabkan fahaman politik yang dibawa oleh pihak tertentu.

“Larangan membuat tuduhan tanpa bukti itu larangan agama. Apakah agama yang kamu perjuangkan selama ini?” Ujarnya.

Terdahulu, Mohd Asri memberi maklum balas berkenaan kenyataan daripada Presiden Pas dan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa tekanan projek tidak mengikut peraturan sebagai punca utama Mohd. Shukri Ramli meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis.

Dalam satu episod audio siar, Mohd Asri menuntut bukti konkrit dan meminta Abdul Hadi menyatakan projek yang dimaksudkan serta lokasinya kerana dakwaan ini dianggap turut memberi persepsi buruk terhadap institusi Raja. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN