fbpx
Dr. Muhamad Akmal.

‘Insya-Allah kita boleh usahakan lawan jadi kawan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh tampil memberi respons terhadap kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari yang memuat naik hantaran berbaur sindiran mengenai ‘kawan makan kawan’.

Menerusi satu hantaran di media sosial hari ini, Muhamad Akmal mengakui wujud situasi kawan yang akhirnya menjadi lawan dalam arena politik, namun dalam keadaan tertentu lawan juga boleh diubah untuk menjadi kawan.

“Kawan makan kawan. Kawan jadi lawan. Tetapi insya-Allah kita boleh usahakan lawan jadi kawan Fadhli Shaari (Ahmad Fadhli),” tulisnya secara ringkas.

Satu hantaran oleh Ahmad Fadhli di media sosial hari ini mencetuskan tanda tanya apabila menyebut mengenai persahabatan yang bertukar menjadi permusuhan, tetapi tanpa menyebut mana-mana pihak secara jelas.

Hantaran itu dimuat naik tidak lama selepas Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah di Istana Arau, Perlis hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tanda tanya siapa Menteri Besar Perlis yang baharu terjawab apabila Abu Bakar Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis mengangkat sumpah jawatan itu petang ini.

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail kira-kira pukul 4 petang.

Beliau dilantik menggalas tanggungjawab itu selepas Mohd. Shukri Ramli daripada Pas mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela atas faktor kesihatan pada Khamis lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN