fbpx
Muhammad Azmir (kanan) dan Abu Bakar antara yang disebut sebagai calon Menteri Besar

MB Perlis baharu angkat sumpah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Menteri Besar Perlis yang baharu dijadualkan mengangkat sumpah jawatan itu di Istana Arau, di sini hari ini.

Istiadat pelantikan dan angkat sumpah berkenaan dijangka berlangsung pada pukul 1 tengah hari.

Antara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang disebut-sebut dicalonkan sebagai Menteri Besar adalah Muhammad Azmir Azizan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Santan dan Asrul Aimran Abd. Jalil (Kayang) dari Pas.

Manakala bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), ADUN yang menjadi pilihan bagi menggalas jawatan nombor satu itu ialah Abu Bakar Hamzah, wakil rakyat di DUN Kuala Perlis.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan telah mengemukakan nama calon Menteri Besar Perlis bagi menggantikan Mohd. Shukri Ramli yang mengumumkan peletakan jawatan secara sukarela atas faktor kesihatan pada Khamis lalu.

Walau bagaimanapun, sebelum itu timbul spekulasi pertukaran Menteri Besar apabila lapan ADUN daripada Pas dan Bersatu didakwa menghantar akuan berkanun (SD) kepada pihak istana susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ADUN Sanglang itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN