fbpx
Tangkap layar hantaran memaparkan ular melintas di atas makanan ketika berehat di tepi jalan.

[VIDEO] Ular tiba-tiba ‘singgah’ atas makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana santai menikmati hidangan nasi padang di tepi jalan bertukar kecoh apabila seekor ular tiba-tiba melintas di atas makanan.

Menerusi hantaran pengguna TikTok @Kembangkol000, kelihatan beberapa individu sedang menikmati makanan bersama keluarga sebelum ular tersebut melalui bungkusan makanan itu.

“Ular nak makan juga,” katanya pada ruang kapsyen.

Malah katanya, terpaksa makan dan berehat di tepi jalan akibat hentian rehat dan rawat (R&R) yang terlalu ramai ketika itu.

Video berdurasi 14 saat itu, memaparkan sebuah keluarga berhenti di tepi jalan untuk berehat sambil menikmati pemandangan sawah bertukar cemas.

Perkongsian tersebut meraih pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut selain mempersoalkan kejadian tersebut.

“Kalau terpaksa pun, aku takkan duduk di kawasan semak-semak macam itu. Bukan setakat ular, ulat pun aku sudah takut,” komen @Alissaashp.

“Kalau aku memang langsung tak ada selera nak makan. Nanti sahajalah cari gerai makan lain,” komen @Ateucan. –KOSMO! ONLINE

@kembangkol000 Membalas @𝑫𝑨𝑭𝑭𝑨 𝑮𝑨𝑵𝑲 #meme #fyp #lucu ♬ suara asli – Kembang kol

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN