fbpx
Tangkap layar kelibat dipercayai kerbau atau lembu yang dilihat duduk di tengah jalan di laluan Pekan–Kuantan.

[VIDEO] ‘Hantu kerbau’ duduk tengah jalan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Kelibat dipercayai kerbau atau lembu yang dilihat duduk di tengah jalan di laluan Pekan–Kuantan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, termasuk dakwaan berunsur mistik.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh akaun @kodidronjbfishing, rakaman itu menunjukkan haiwan tersebut berada di kawasan jalan gelap, sekali gus menimbulkan suasana seram kepada pengguna jalan raya.

Seorang pengguna, @aydilmotorsport, mendakwa laluan tersebut sering dilaluinya dan menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Seriuslah… saya ni selalu guna highway Pekan–Kuantan ni. Lain macam kali ni,” tulisnya di ruangan komen.

Malah, ada juga netizen mengaitkan kejadian itu dengan unsur mistik dan ‘saka’, selain mendakwa kawasan berkenaan sering berlaku kemalangan.

Namun begitu, tidak semua bersetuju dengan dakwaan tersebut. Seorang pengguna lain tampil memberi penjelasan lebih rasional dengan menafikan kewujudan unsur mistik.

“Kerbau dan lembu di kawasan Ubai hingga Kampung Semangat memang selalu lepak tepi jalan. Tak ada hantu saka, memang kerbau lembu original,” katanya. – KOSMO! ONLINE

@kodidronjbfishing Hantu kerbau duduk tengah jalan Saka Lembu duduk tengah Seram jalan jalan pekan Kuantan 25.12.2025 #seramjalanpekan#seramjalanpekankuantan#lembu duduk tengah jalan #lembu#kembau ♬ bunyi asal – Kodi dron jb fishing

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN