fbpx
Suhaimi menunjukkan gambar arwah Ammar Azwar (kanan) bersama ibu, ayah dan adiknya

‘Call’ tak dapat rupanya anak maut nahas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

JOHOR BAHRU – Perasaan tidak sedap hati seorang ibu apabila alat penjejak sistem kedudukan global (GPS) anaknya tidak bergerak rupanya petanda pemuda itu meninggal dunia dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Kilometer 45.6, Lebuh Raya Senai–Desaru (E22) awal pagi tadi.

Bapa saudara mangsa, Suhaimi Abu Naim, 58, berkata, ibu Allahyarham memberitahu, GPS kenderaan anaknya, Ammar Azwar Asri, 21, dikesan terhenti kira-kira pukul 5 pagi dan panggilan yang dibuat juga tidak dijawab.

Menurutnya, ketika kejadian, Ammar Azwar yang bekerja di Rapid Pengerang dalam perjalanan pulang ke kampung di Batu Pahat bagi menghadiri beberapa majlis termasuk pertunangan sepupu dan doa selamat.

“Pada mulanya, ingatkan telefon Ammar Azwar habis bateri, tetapi bila GPS masih tidak bergerak, ibu arwah rasa tidak sedap hati. Seorang ahli keluarga pergi ke lokasi terakhir GPS dikesan sebelum dimaklumkan berlaku kemalangan di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Kemalangan maut meragut dua nyawa di Kilometer 45.6, Lebuhraya Senai–Desaru (E22) awal pagi tadi

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kemalangan itu turut meragut nyawa pemandu kereta jenis Proton Wira, Yen Jian Yao, 19, manakala dua penumpang kereta itu, Angel Loo An Qi, 15, dan seorang lagi yang belum dikenal pasti identiti cedera parah di bahagian kepala.

Kata beliau, pemandu Perodua Myvi yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut, Nur Nalea Nazlin Mahmud, 23, mengalami kecederaan parah di bahagian kaki kanan, manakala penumpangnya, Mohamad Adam Satiman, 25, turut mengalami kecederaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pemandu Proton Wira yang menetap di Taman Pulai Jaya, Kangar Pulai tersebut tidak bekerja dan tiada lesen kenderaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN