fbpx
Gambar hiasan.

Hujan, ribut petir di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlarutan sehingga pukul 6 petang ini di beberapa negeri.

MetMalaysia menerusi satu kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka berlaku di Perak melibatkan Batang Padang manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron dan Lipis.

Turut terlibat, Negeri Sembilan di Kuala Pilah, Jempol dan Tampin serta seluruh Melaka.

“Di Johor daerah terlibat termasuk Tangkak, Batu Pahat dan Pontian.

“Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjang) dan Limbang,” katanya.

Menurut MetMalaysia, hujan lebat dan ribut petir turut dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Turut terlibat ialah Wilayah Persekutuan Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN