fbpx
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan yang meragut dua nyawa pagi tadi.

Proton Wira masuk laluan bertentangan punca dua maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Kemalangan yang meragut dua nyawa di Kilometer 45.6, Lebuhraya Senai–Desaru (E22) awal pagi tadi dipercayai berpunca dari salah sebuah kereta memasuki laluan bertentangan sebelum pertembungan berlaku.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata pihak polis menerima laporan berhubung kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan Proton Wira, Proton Saga dan Perodua Myvi itu kira-kira pukul 5.35 pagi.

“Kemalangan berlaku apabila Proton Wira dipandu seorang lelaki warga tempatan, berumur 19 tahun dipercayai telah memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan Proton Saga dipandu seorang lelaki warga tempatan berumur 21 tahun.

“Perlanggaran tersebut menyebabkan kedua-dua kenderaan berpusing dan berhenti di lorong kiri dan kanan. Sebuah lagi kereta Perodua Myvi dipandu seorang perempuan warga tempatan berumur 23 tahun yang bergerak di belakang Proton Saga tidak sempat mengelak lalu melanggar Proton Wira.

“Akibat kejadian tersebut, pemandu Proton Wira dan Proton Saga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiga penumpang Proton Wira dan pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan parah serta seorang penumpang Perodua Myvi turut mengalami kecederaan ringan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN