fbpx
Badrul (kanan) telah direhatkan dan diganti dengan Tengku Hazman (kiri) sementara waktu.

Liga Super: Pengendali Terengganu FC direhatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai masa depan Badrul Afzan Razali selaku pengendali Terengganu FC (TFC) akhirnya terjawab selepas direhatkan kelab itu usulan prestasi kurang memberangsangkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Pengurusan TFC dalam satu kenyataan mengumumkan keputusan dibuat selepas menilai semua aspek prestasi dan perkembangan skuad Sang Penyu pada Piala FA dan Liga Super setakat ini.

Menurut kenyataan itu, penolong ketua jurulatih, Tengku Hazman Raja Hassan telah dinaikkan pangkat sebagai pengendali interim TFC sehingga pengganti Badrul Afzan diumumkan kelak.

“TFC ingin memaklumkan bahawa Jawatankuasa Teknikal serta Ahli Lembaga Pengarah telah memutuskan untuk merehatkan ketua jurulatih Badrul Afzan Razali berkuat kuasa serta-merta.

“Sehubungan dengan itu, pihak kelab mengumumkan bahawa Tengku Hazman Raja Hassan selaku penolong ketua jurulatih dilantik sebagai ketua jurulatih interim sehingga pengumuman ketua jurulatih baharu secara rasmi,” kata kenyataan tersebut.

Sebagai rekod, Badrul Afzan telah dilantik sebagai pemangku ketua jurulatih pada 1 Oktober 2024 selepas Tomislav Steinbruckner melepaskan jawatan sebelum diberi jawatan tetap dengan kontrak setahun pada Mei lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN