fbpx
Rus'sele menunjukkan notis pemberitahuan tiga kekosongan luar jangka DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji di Kompleks Seri Putra, Kangar hari ini.

Kekosongan 3 DUN perlu diisi demi kestabilan kerajaan Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Tiga kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perlis hendaklah diisi semula bagi kepentingan kestabilan kerajaan negeri untuk memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Demikian kata Speaker DUN Perlis, Rus’sele Eizan pada sidang akhbar hari ini bagi memaklumkan tentang tiga kekosongan luar jangka membabitkan DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji.

Katanya, pemakluman secara rasmi tentang kekosongan tersebut akan dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

Menurutnya, beliau juga mengambil maklum bahawa Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Negeri Perlis telah dijalankan pada 19 Disember 2022, justeru tempoh tiga tahun usia Dewan Negeri Perlis telah terakru pada 18 Disember lalu.

“Dalam keadaan biasa berdasarkan Fasal (5) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis, tiada keperluan untuk diadakan pilihan raya bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut apabila usia Dewan Negeri telah mencecah tiga tahun atau lebih.

“Namun pada hemat dan pertimbangan saya berdasarkan perkembangan semasa yang sedang berlaku di Perlis, saya berpuas hati bahawa tiga kekosongan luar jangka itu daripada segi bilangan yang membentuk majoriti semua Ahli Dewan Negeri Perlis adalah terjejas,” ujarnya.

Tambahnya, alasan mengenai terjejasnya bilangan parti yang membentuk majoriti bagi Dewan Negeri Perlis akan diperincikan dalam makluman bertulis kepada SPR.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan Speaker DUN Perlis akan memohon kepada SPR supaya mengadakan pilihan raya semula bagi mengisi kekosongan di tiga kerusi DUN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN