fbpx
Penjelasan Port Lepak Jerung berhubung hakisan di tempatnya yang menjadi persoalan orang ramai dari segi keselamatan tempat tersebut.

[VIDEO] Penat, letih tunggu longkang dibaiki – Port Lepak Jerung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pemilik Port Lepak Jerung (PLJ) di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands mendakwa telah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berwajib bagi memperbaiki longkang berdekatan tempat makan tersebut yang dikaitkan hakisan di kawasan itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh PLJ pada komen yang ditinggalkan pada hantaran video dron oleh seorang pengguna TikTok berhubung keadaan di kawasan tersebut.

“Korang ada nampak tak longkang JKR sebelah bahu jalan pintu masuk ke PLJ tu terputus di bahagian bawah. Korang tak nampak kan.

“Baiklah untuk pengetahuan korang semua, pihak PLJ dah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkenaan, tetapi dari dulu sehingga sekarang masih tidak ada respons ciri-ciri untuk memperbaiki longkang yang terputus.

“Longkang terputus inilah yang mengakibatkan hakisan tanah di sebelah PLJ kerana aliran air longkang ini mengalir dengan tidak terurus. Kalau tidak disebabkan longkang ini terputus, insya-Allah air longkang akan mengalir dengan teratur dan hakisan tanah takkan terjadi,” dakwanya.

PLJ juga meminta mana-mana pihak tidak mengada-adakan cerita tambahan berhubung isu berkenaan.

“Saya pemilik di tapak PLJ yang sebenar, saya lebih tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya berharap pihak berkenaan dapat segera memperbaiki longkang yang terputus tersebut.

“Saya dah penat dan letih dah menunggu pihak berkenaan untuk memperbaiki longkang tersebut.

“Soalan daripada saya dan rakan-rakan pelanggan PLJ, bila anda ingin memperbaiki aliran longkang dan apa anda tunggu-tunggu lagi? Adakah anda ingin menunggu sehingga jalan putus, baru anda ingin buat?,” katanya.

Hari ini Kosmo! melaporkan, sebuah kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands mengundang persoalan orang ramai dari segi keselamatan, selepas satu video tular memperlihatkan seperti cerun tanah runtuh di tempat tersebut.

Video tular itu dimuat naik seorang pengguna TikTok Mummy Naura dan ia dirakam menggunakan dron memperlihatkan pemandangan atas di kawasan sekitar situ termasuk cerun berdekatan premis berkenaan. – KOSMO! ONLINE

@yufara_ No comment for this video 😪 tkde niat nak tutup periuk nasi sesiapa, tapi korang boleh fikir2kan ape yg patut 😑 memang bersyukur sgt Allah masih lindung time tuu. Kalau tahu memang dri awal takkan stop kt situ for take a some view 🥹 tempat dah lawa tapi korang rasa mcm mna 🥹 #tanahruntuh #cameronhighland #cameronhighlands ♬ Nature and its beauties – rest of the soul & soul frequency

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN