fbpx
ACOSTA menunjukkan peningkatan ketara sepanjang saingan musim ini apabila beberapa kali menjejakkan kaki ke podium. - AFP

MotoGP: Lupakan impian besar bantu Acosta fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Pelumba pasukan KTM, Pedro Acosta mengakui ada meletakkan sasaran untuk mencabar takhta Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada awal saingan 2025 sebelum melupakan impian besar tersebut.

Bekas juara Moto2 itu menjelaskan, keputusannya untuk mengabaikan hasrat menjadi pencabar gelaran MotoGP merupakan satu langkah tepat apabila dia dapat kembali memberikan fokus dalam perlumbaan.

Acosta berkata, dia memulakan saingan musim ini dengan agak perlahan selain bergelut dengan masalah jentera, namun perkara itu dapat diselesaikan sedikit demi sedikit sehingga mampu mencabar podium.

“Secara jujur, jentera tidak banyak menunjukkan peningkatan ketara kerana sedikit sahaja perubahan dilakukan. Memang sukar untuk menampilkan aksi kompetitif pada awal musim kerana jentera juga kurang mencengkam.

“Bagaimanapun, selepas saya mula melupakan impian untuk mengejar kejuaraan, barulah kami dapat memberikan sepenuh fokus. Ketika itu, saya mula serasi dengan jentera dan dapat mempamerkan tunggangan sebenar,” katanya.

Tambah pelumba berusia 21 tahun itu, dia kini memberikan lebih perhatian kepada persediaan dari segi mental selain menegaskan, masih banyak kekurangan jentera yang perlu diperbaiki jika mahu mencabar secara konsisten.

“Saya fikir fikiran saya sudah semakin matang sekarang. Memang benar saya sudah rasa selesa dengan jentera tetapi ia masih belum mencukupi dan ia memerlukan penambahbaikan,” ujar Acosta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI