Janna Nick

Janna penat asyik kena calit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon kontroversi Janna Nick mengakui sudah penat dan tidak tahan menanggung kesakitan apabila terpaksa membuat ujian calitan hampir setiap minggu.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagramnya, Janna menyatakan perkara tersebut perlu dilakukan berikutan tanggungjawabnya sebagai pelakon sebelum memulakan sesebuah penggambaran atau rakaman program.

“I really need the vaccine (saya betul-betul memerlukan vaksin. Seminggu sekali kena swab test (ujian calitan).

“Setiap kali masuk set kena ujian calitan, setiap kali masuk program televisyen kena ujian calitan.

“Saya faham keadaan sekarang hanya ini pilihan yang kita ada untuk memastikan semuanya selamat. Penat dah, dah mula sakit sangat sebab banyak kali buat ujian calitan,” tulisnya.

Pengacara Melodi itu turut berharap bahawa vaksin yang bakal diterimanya nanti berkesan dan keadaan kembali normal seperti sebelumnya.

Menerusi hantaran sama, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita Sedunia kepada semua yang bergelar wanita.

“Marilah kita bersikap baik antara satu sama lain. Hentikan rasa cemburu dan kebencian. Kita semua cantik, pintar, berjaya dengan cara kita sendiri,” katanya.

Februari lepas kerajaan membenarkan kerja-kerja produksi penggambaran dan rakaman studio merangkumi drama, telefilem, iklan, dokumentari dan rakaman seni tanpa penonton.

Sebagai syarat, pelakon dan petugas belakang tabir melakukan ujian calitan sebelum syarikat produksi diberikan Sijil Perakuan Penggambaran seperti yang dikehendaki Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN