fbpx
Gambar hiasan.

SPRM sedia siasat dakwaan aliran tunai babit pegawai kanan tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa aktivis Che’gu Bard atau Badrul Hisham Shaharin untuk tampil membuat laporan rasmi membabitkan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ia susulan dakwaan kemasukan wang tunai dalam jumlah besar yang melibatkan pegawai kanan tentera dan pihak-pihak berkaitan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya bersedia menyiasat sebarang dakwaan rasuah atau salah guna kuasa sekiranya mempunyai maklumat dan bukti yang boleh dipercayai.

“Namun setakat ini, SPRM belum menerima sebarang laporan rasmi atau bukti berbentuk dokumen berkaitan dakwaan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azam berkata, aktivis yang terlibat atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan diminta membuat laporan rasmi kepada SPRM berserta bukti bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

“Siasatan dijalankan secara bebas dan profesional, berdasarkan fakta dan bukti,” katanya.

Terdahulu, Che’gu Bard membuat laporan polis terhadap pegawai kanan ATM atas dakwaan pengubahan wang haram di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur hari ini.

Beberapa dokumen rahsia termasuk laporan forensik akaun peribadi pegawai terbabit akan diserahkan kepada pihak polis. Dakwanya, semakan mendapati terdapat kemasukan wang ‘mencolok mata’ berjumlah RM50,000 hingga RM700,000 kepada akaun pegawai terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN