fbpx
Tangkap layar rakaman tular memaparkan seorang pengendali paramotor terhempas di kawasan bendang sawah pada Program Larian Antarabangsa Budaya Duyong 2025, di Melaka, semalam.

Masalah teknikal punca pengendali paramotor terhempas – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Insiden pengendali paramotor terhempas di kawasan bendang sawah di Kampung Ku Sayang, Bukit Baru pada Program Larian Antarabangsa Budaya Duyong 2025 dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian sebanyak empat pengendali paramotor dari sebuah kelab di Selangor telah membuat persembahan udara sempena program tersebut.

“Pada pukul 8.40 pagi, salah sebuah mesin paramotor yang dikendali seorang lelaki mengalami masalah teknikal ketika dia berada berhampiran kawasan bendang sawah.
“Pengendali terbabit telah terlanggar kabel elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB), menyebabkannya jatuh lebih kurang dalam ketinggian 30 meter ke dalam bendang,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Katanya, lelaki tersebut hanya mengalami luka kecil di bahagian muka.

“Insiden itu tidak melibatkan kecederaan terhadap orang awam. Pihak TNB juga telah datang membuat pemeriksan terhadap kabel yang dilanggar dan tiada kerosakan berlaku,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan tular klip video seorang pengendali paramotor terlanggar kabel elektrik sebelum terhempas ke dalam bendang semasa persembahan udara di Program Larian Antarabangsa Budaya Duyong 2025.

Video berdurasi 18 saat itu sempat dirakamkan peserta larian dan mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen yang mempersoalkan laluan bagi persembahan udara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI