fbpx
Kediaman Najib di Jalan Langgak Duta.

Titah Adendum: Kediaman Najib masih ‘sunyi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Suasana di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini pagi ini, masih sunyi tanpa sebarang pergerakan masuk berbanding semalam.

Tinjauan wartawan Kosmo! mendapati hanya beberapa kenderaan dilihat beredar dari kediaman itu sejak pukul 8 pagi tadi.

Bagaimanapun, beberapa pengamal media sudah mula berkampung di sini bagi membuat liputan dan mendapatkan perkembangan semasa.
Semalam, media melaporkan kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, di sini ‘meriah’ susulan keputusan sama ada beliau dibenar atau tidak untuk menjalani hukuman pemenjaraan di rumah atau kekal di Penjara Kajang.

Difahamkan, selain ahli keluarga, turut dikatakan hadir termasuk penyokong setia Najib.

Keputusan penting itu bakal diketahui pagi ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Jika Najib berjaya memperoleh perintah itu, bekas Ahli Parlimen Pekan tersebut akan menjalani hukuman penjara di kediamannya.

Bagaimanapun, sekiranya mahkamah menolak permohonan tersebut, Najib perlu kekal di Penjara Kajang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI