fbpx
PENGGUNAAN warna-warna lembut menonjolkanm sisi wanita moden yang sopan.

Pastel elegan, fesyen sopan wanita moden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MAGLIFESTYLE sekali lagi mencuri perhatian industri fesyen tempatan apabila mempersembahkan koleksi terbaharu Spring Summer 26 bertajuk Serenity Blooms di pentas Fashionably Modest Asia (FMA) yang berlangsung di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Pertunjukan ini bukan sekadar mempamerkan rekaan pakaian, ia meraikan kebangkitan fesyen sopan dan sederhana sebagai pilihan utama wanita moden yang yakin, bergaya dan berpengaruh dalam dunia global.

Diketuai oleh pengasas dan pereka bersama, Wong Yen Lee dan Wong Shiau Lee, Maglifestyle terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama pakaian sedia pakai yang menawarkan rekaan moden, bergaya dan mampu milik. 

Fokus jenama tersebut adalah kepada wanita yang mementingkan keselesaan tanpa mengorbankan gaya, sekali gus membolehkan mereka mengekspresikan personaliti dan keyakinan dalam setiap helaian.

Koleksi Serenity Blooms memperlihatkan pendekatan yang matang dan fleksibel kerana Maglifestyle memilih untuk tidak terlalu bergantung trend bermusim. 

Sebaliknya, koleksi ini menonjolkan palet pastel lembut seperti merah jambu pucat, ungu kabus, hijau seafoam dan kuning buttercream. 

WANITAmampu menzahirkan kelembutan dan keteguhan secara seimbang.

Setiap rekaan direka dengan prinsip sopan, elegan dan selesa yang membolehkan wanita mengekspresikan gaya peribadi dengan penuh keyakinan tanpa kompromi terhadap keselesaan.

Pertunjukan tersebut menampilkan 23 penampilan termasuk beberapa rekaan utama seperti seafoam maxi abaya dengan potongan ‘mengalir’ dan lengan loceng, blush chiffon dress dengan perincian bertingkat dan neckline crawl yang moden serta white wide leg palazzo yang tampil dengan potongan tailored lengkap dengan selendang dalaman. 

Hijab chiffon pastel dan inner scarf turut digayakan untuk memenuhi keperluan harian wanita aktif.

Menariknya, Maglifestyle turut mengangkat semula sut seluar wanita yang dahulu dianggap berani sebagai simbol keyakinan feminin kontemporari.

Ia jelas mencerminkan perubahan gaya hidup wanita moden yang semakin menonjol dalam bidang profesional dan kreatif.

Menurut Yen Lee,  palet pastel memberikan nuansa baharu dalam landskap fesyen modest dan menawarkan ruang kepada wanita untuk menzahirkan kelembutan serta keteguhan secara seimbang melalui rekaan yang berlapik, namun kekal menawan.

PERTUNJUKKAN fesyen Maglife di Kuala Lumpur baru-baru ini mengetengahkan rekaan bersesuaian gaya sopan.

 “Pastel seperti satu nafas segar dalam fesyen modest.

“Dengan Serenity Blooms, kami mahu berikan wanita ruang untuk merasai kelembutan dan kekuatan dalam satu masa melalui gaya yang sopan tetapi tetap anggun,”  katanya.

Sementara itu, Shiau Lee menambah, fesyen sopan memberi kebebasan kepada wanita untuk menampilkan keistimewaan diri tanpa menjejaskan keselesaan.

 “Fesyen modest membenarkan wanita mengekspresikan keunikan diri tanpa perlu mengorbankan keselesaan.  

“Koleksi ini dicipta untuk mengangkat keyakinan wanita melalui rekaan yang ringan, lembut dan mudah digayakan,” katanya. 

Terangnya, kesemua rekaan menggunakan fabrik premium seperti double georgette, brocade, mesh dan kapas lestari, menekankan bukan sahaja keselesaan tetapi juga kesedaran alam sekitar. 

Setiap helaian direka dengan fokus pada siluet memikat, fungsi praktikal dan nilai jangka panjang, menjadikannya pilihan ideal untuk wanita moden yang mengutamakan gaya, keselesaan dan keberlanjutan.

Dengan Serenity Blooms, Maglifestyle membuktikan bahawa fesyen sopan bukan sahaja elegan dan bergaya, malah mampu mencerminkan personaliti dan aspirasi wanita moden yang progresif, yakin dan berdaya saing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN