fbpx
CASEMIRO terlepas aksi menentang Villa selepas digantung perlawanan ekoran mengumpul lima kad kuning. - AFP

EPL: United bercagar rekod tempat lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim mengesahkan bahawa enam pemainnya bakal tersisih menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Aston Villa di Villa Park tengah malam ini.

Tiga pemainnya, Bryan Mbeumo, Noussair Mazraoui serta Amad Diallo menyertai skuad kebangsaan masing-masing untuk saingan Piala Negara-Negara Afrika.

Sementara itu, United turut kehilangan khidmat pemain tengah bertahan yang berpengaruh, Casemiro apabila digantung satu perlawanan selepas mengutip lima kad kuning termasuk ketika menentang Bournemouth.

Amorim juga terpaksa menelan hakikat kehilangan dua pemain pertahanan tengah, Matthijs De Ligt dan Harry Maguire yang masih berdepan masalah kecederaan dan belum cergas sepenuhnya.

“Saya fikir semua pemain lain dalam keadaan baik dan bersedia untuk turun menghadapi perlawanan kali ini. Kami akan menjalani satu lagi sesi latihan sebelum perlawanan dan di situ kami akan menilai pemain yang terbaik untuk beraksi,” katanya.

United memiliki rekod yang baik di tempat lawan apabila meraih dua kemenangan berturut-turut sebelum ini, malah mereka juga tidak tewas di Villa Park dalam dua aksi sebelum ini termasuk meraih satu kemenangan.

Bagaimanapun, Amorim tidak mahu terbuai dengan rekod berkenaan sebaliknya mengakui Villa memiliki kekuatan dan United perlu bersedia untuk menghadapi aksi yang sukar terutama dalam misi memburu kemenangan untuk memperbaiki kedudukan carta.

“Apa sahaja boleh berlaku, mereka mempunyai pengurus yang memiliki pengalaman luar. Apabila anda melihat aksi Villa, anda akan dapati mereka adalah pasukan yang matang.

“Emery tidak pernah panik ketika berdepan kekalahan dan tidak terlalu teruja apabila menang. Beliau seorang yang bijak mengawal emosi. Mereka adalah pasukan yang kuat dan sentiasa berjuang hingga ke wisel penamat,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN