fbpx
KONTINJEN negara menutup saingan Sukan SEA Thailand dengan prestasi yang cukup memberangsangkan membawa pulang keseluruhan 231 pingat.

Sukan SEA: Bangkok jadi penanda aras baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Ketua Kontinjen Malaysia (CDM), Nurul Huda Abdullah menyifatkan pencapaian Sukan SEA Thailand edisi ke-33 ini cukup membanggakan buat kontinjen negara apabila berjaya mengumpul keseluruhan 231 pingat iaitu 57 pingat emas, 57 perak, dan 117 gangsa.

Kejayaan tersebut bukan sekadar angka, tetapi merupakan pencapaian pingat tertinggi dalam sejarah penyertaan Malaysia di Sukan SEA yang diadakan di luar tanah air, sekali gus membuktikan atlet negara kini mampu berdiri megah tanpa mengira lokasi atau cabaran.

“Seperti yang anda lihat, saya rasa kita semua hadir dengan senyuman di wajah. Saya yakin anda semua juga gembira kerana kita telah mencapai sasaran. Kita kini telah sampai ke penghujung Sukan SEA ke-33 2025 yang diadakan di Thailand.

“Sebagai Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia, saya dengan rasa bangga berkongsi bahawa pasukan Malaysia telah mencapai prestasi pingat keseluruhan terbaik setakat ini.

“Kita tamat dengan 57 pingat emas, 57 pingat perak dan 117 pingat gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan pingat sebanyak 231 pingat. Saya rasa ini juga layak mendapat tepukan.

“Ini merupakan pencapaian jumlah pingat tertinggi dalam sejarah Sukan SEA bagi temasya yang diadakan di luar Malaysia. Ini adalah satu mercu tanda penting kerana ia membuktikan kemampuan atlet kita untuk beraksi di tahap tertinggi, tanpa mengira lokasi atau keadaan.

“Kita telah menetapkan satu tanda aras baharu dalam sejarah sukan Malaysia dan ini membuktikan bahawa kita mampu dan telah pun mengatasi halangan psikologi ‘perlawanan’ beraksi tempat lawan.

“Bukan itu sahaja, kita menutup saingan dengan Malaysia berada di kedudukan keempat dalam carta kutipan pingat keseluruhan. Satu kedudukan yang diraih melalui perpaduan, konsistensi, kerja berpasukan, serta banyak persediaan dan perancangan,” katanya.

Mengulas mengenai kedudukan keempat keseluruhan dengan 231 pingat, Nurul Huda menyifatkan pencapaian tersebut sebagai hasil daripada semangat perpaduan, konsistensi, dan perancangan rapi yang melibatkan keringat setiap atlet, pegawai, serta pemegang taruh yang menjulang Jalur Gemilang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI